Nasi Goreng Hawaii

Ramuan / Bahan

1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari
ΒΌ nenas - dicincang
1 mangkuk kecil sayur campuran
2 batang frankfurter didadu kecil
2 Sudu Cili kisar
Marjerin untuk mengoreng

Cara-cara

Panaskan marjerin. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
Masukkan nenas, sayur campur, dan frankfurter. Kacau hingga sebati. Setelah itu, masukan bahan perasa secukupnya dan akhir sekali masukkan nasi. Goreng hingga semua bahan sebati dan pecahkan 2 butir telur kedalam nasi. Goreng sebati dan hidangkan ketika panas lagi.