Nasi Goreng Hang Tuah

Ramuan / Bahan

600 gm nasi
100 gm udang
100 gm tiram
30 gm timun jeruk 30 gm papaya jeruk
30 gm cili merah jeruk
150 gm sos masam pedas
3 biji telur

Cara-cara

Celur udang dan tiram sehingga hampir masak dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan telur dan kacau-kacau.

Campurkan nasi dan kacau rata. Masukkan sos masam pedas dan gaul nasi sehingga berbau wangi.

Campurkan satu sudu air serta udang dan tiram. Goreng dua minit.

Setelah itu, masukkan pula satu sudu kecil minyak dan kacau rata.Setelah masak bolehlah dihidangkan.