Bubur Daging Berperisa

Ramuan / Bahan

200 gm beras
1 sudu besar minyak masak
2 ½ liter air
200 gm daging dipotong nipis
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar tepung jagung
1 ½ sudu teh cili Tabasco 24 gm kiub perasa daging
½ sudu teh lada sulah hitam
½ sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara

Masukkan beras yang telah dibasuh bersama air dan minyak masak ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan masak sehingga beras hancur dan menjadi kanji. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong, sos tiram, tepung jagung dan cili Tabasco ke dalam beras tadi. Campurkan juga kiub perasa daging, lada sulah, minyak bijan dan garam. Kacau dan biarkan selama 2-3 minit. Hidangkan ketika bubur masih panas dan hiaskannya dengan hirisan cili dan daun ketumbar. Hidangan ini adalah untuk 6-8 orang.