Nasi Goreng Hailam Simple

Ramuan / Bahan

2 mangkuk nasi putih
1 cawan ayam cincang
½ cawan sayur campur/ kacang peas

Bahan giling

2 biji bawang besar giling
5 ulas bawang putih giling
½ inci halia giling 3 biji bawang merah dimayang
2 camca besar kicap cair
3 camca teh lada sulah
1 camca teh lada hitam (jika suka)
1 camca marjerin
2 camca garam
2 biji telur dadar ( di hiris halus)

Cara-cara

gaulkan nasi dan garam - asingkan
Gaulkan ayam dengan bahan giling- asingkan

1. Panaskan minyak- tumis bawang merah hingga kekuningan
2. Masukkan ayam yang telah di perap tadi- goreng hingga masak
3. Masukkan lada sulah/ lada hitam & sayur campur
4. MAsukkan nasi yang telah di gaul dengan garam- kacau hingga sebati dengan api kecil
5. Masukkan kicap cair
6. masukkan telur dadar
7. akhir sekali masukkan marjerin (untuk nampak cantik berkilat)