Nasi Goreng Hailam

Ramuan / Bahan

2 kg beras yang sudah dimasak
1 kg udang (dibuang kulit)
1 kg daging (direbus)
½ cawan tomato puri
5 biji cili kering, digiling
5 biji cili hidup, digiling
10 biji lada putih, digiling
3 biji buah keras, digiling
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar, digiling 4 ulas bawang putih, digiling
1 inci halia, digiling
1 camca besar udang kering, digiling
3 biji telur didadar dan dipotong halus, ditabur
2 labu bawang besar dijadikan bawang goreng, ditabur
2 keping tauhu digoreng, ditabur
Daun bawang dan daun sup dimayang halus, ditabur
kobis, sawi, kacang panjang, tauge dan lobak merah - bahan sayur

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak yang dicampur dengan satu cawan mentega, goreng udang dan daging yang sudah dipotong nipis hingga kuning. Masukkan bahan-bahan yang digiling tadi dengan air rebusan dan setengah cawan tomato puri, garam dan semua sayur. Akhir sekali masukkan nasi.