Nasi Goreng Filamen Ketam

Ramuan / Bahan

(Sea Pack Filamen) Ketam (beberapa filamen yg mahu kemudian potong kecil-kecilan)
2 pinggan nasi putih
3 ulas bawang merah
2 biji telur (dipukul)
lada putih secukup rasa
sedikit minyak masak
sedikit kicap cair
kacang buncis (dipotong kecilan atau potong melintang)

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah. Kemudian masukkan kacang buncis dan ketam filamen(yang telah dipotong)serta masukkan telur yang telah dipukul dan goreng sekali. Sambil bahan tadi dikacau, masukkan nasi dan goreng seketika kemudian masukkan sedikit lada sulah serta sedikit kicap cair. Gaul sehingga rata dan apabila telah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.