Nasi Goreng F1 (Cepat & Pantas)

Ramuan / Bahan

5 Cawan Nasi (Disejukkan)
Segenggam Ikan Bilis Belah
2 Biji Telur Ayam
Minyak Masak 4 Ulas Bawang Merah (Dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
1 Tangkai Cili Merah (Dihiris)
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan 2 camca minyak masak. Dadarkan telur dan dihancurkan menjadi scramble egg.Kemudian ketepi kan dulu.
2. Dengan mengunakan kuali yg sama, panaskan lagi 2 camca minyak masak.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan ikan bilis tetapi jgn sampai garing. Kemudian masukkan nasi, bubuh garam secukup rasa dan digaul sampai rata.
4. Akhir sekali masukkan scramble egg. Kacau rata dan boleh diangkat dan dihidangkan panas-panas.