Nasi Goreng Ekspress

Ramuan / Bahan

3 cawan nasi sejuk
dua ulas bawang putih - tumbuk
6-8 biji cili api - tumbuk
4-5 biji cili kering - hiris halus
1 biji telur
½ cawan ikan bilis
mentega
kicap
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Gaul nasi sejuk dengan sedikit mentega. Letak ditepi.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat dan toskan.
3. Pukul telur dan goreng hancur dalam kuali. Angkat dan toskan.
4. Tumis bawang putih, cili api dan cili kering hingga berbau wangi.
5. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Tambah sedikit saja air jika terlalu pekat.
6. Masukkan nasi sejuk dan goreng hingga sekata.
7. Sebelum dihidang, gaul ikan bilis dan telur dengan nasi yang telah digoreng tadi.