Nasi Goreng Easy

Ramuan / Bahan

1 mangkuk nasi - sejukkan
setengah sudu teh garam
3 ulas bawang merah -hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 biji cili padi-ketuk pecah
1-2 biji telur 1 sudu teh cili giling (jika suka utk tambah pedas)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mixed vegetable
5 ekor udang hidup - buang kulit
1 sudu besar marjerin planta

Cara-cara

Panaskan kuali, cairkan marjerin, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi. Bila bawang kuning, pecahkan telur, kacau-kacau hingga kering masukkan mixed vege dan udang, kacau sekejap, masukkan nasi dan garam. Kacau pantas sehingga semua bahan-bahan tergaul sebati dan nasi berderai.Masukkan sos tiram dan cili giling. Kacau lagi hingga sebati. Siap.