Nasi Goreng Daging Lada Hitam

Ramuan / Bahan

2 mangkuk nasi
daging (ikut suka)
1 biji telor
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)



½ sudu tepung jagung
kicap manis
garam
serbuk perasa

Cara-cara

daging diperap dengan lada hitam,kicap manis selama 1 jam.selepas itu masukkan tepung jagung.
dalam kuali panas masukkan minyak masak.
selepas panas,masukkan bawang putih sehingga naik bau.kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.biar sehingga empuk.masukkan garam,serbuk perasa & telur.akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata.