Nasi Goreng Cina Lada Putih

Ramuan / Bahan

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Nasi (untuk 4 orang)
100 gram udang
100 gram sotong
100 gram isi ayam
1 batang lobak merah
Seikat kacang panjang
Sedikit lada putih
2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam atau kiub ikan bilis

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang putih juga bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar,sotong, ayam dan udang.
Biar sebentar, masukkan kacang panjang dan lobak merah. Masak hingga lembut.
Akhir sekali, masukkan nasi dan tambah lada putih dan garam.