Nasi Goreng Cina

Ramuan / Bahan

Bahan :
2 ½ pinggan nasi putih
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji telur (pukul ringan)
3 ½ sudu makan sos tiram
50 gm mix vegeterian
4 sudu makan myk masak

bahan perasa :
secubit garam
secubit aji-nomoto (jika suka)
sedikit lada sulah putih




hiasan :
300 gm udang (rebus dgn air garam)
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah

Cara-cara

panaskan kuali, letakkan minyak masak. gorengkan bawang putih sehingga kekuningan, letakkan di tepi kuali. letakkan telur, jangan goreng terlalu masak, masukkan nasi putih dan gaul rata telur dan bawang tadi. masukkan sos tiram gaul rata sehingga nasi goreng kering barulah masukkan mix vegeterian dan bahan perasa. letakkan ke pinggan dan taburkan bahan hiasan di atas nasi tadi.