Nasi Goreng Cili Api Kampung

Ramuan / Bahan

3 cawan nasi
minyak
3 batang kacang panjang ( di potpoong dadu)
sawi (hiris)
sedikit sos tiram
udang basah ikut suka
garam secukup rasa
sedikit gula
ajinomoto
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji lada besar
7- 10 biji cili api
sedikit udang kering
sedikit ikan bilis
(kesemua bahan ini di tumbuk kasar bersama- sama)

Cara-cara

minyak dipanaskan.
tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik wangi..
kemudian masukan sos tiram+garam+ajinomoto+gula hingga sebati.
masukkan udang hingga masak.
masukan sawi.
masukkan suku cawan air.
masukkan nasi+kacang panjang-goreng hingga sebati
angkat-hidangkan ketika panas