Nasi Goreng China

Ramuan / Bahan

2 cawan beras (dibasuh, toskan dan dimasak)
3 camca besar minyak sapi
10 ulas bawang besar dihiris
10 ulas bawang merah (dihiris)
185 gm daging lembu dicincang 1 camca teh sos cili ]
5 camca sederhana kicap cair] dicampur
1 camca besar sos tomato ]
125 gm kacang peas
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Pijarkan minyak sapi dan goreng bawang merah hingga kuning. Masukkan daging, kacaukan selama 2 minit di atas api yang besar. Kecilkan api. Masukkan campuran sos, nasi dan kacang peas. Gaulkan rata-rata. Bubuh bahan perasa secukup rasa dan gorenglah terus hingga rata masaknya. Angkat dan sendukkan ke dalam pinggan.