Bubur Caca Berlempuk

Ramuan / Bahan

3 cawan santan daripada sebiji kelapa
½ cawan lempuk (100 gm)
2 helai daun pandan ½ cawan gula pasir
¼ sudu teh garam
1 cawan tepung caca

Cara-cara

Kacau santan bersama lempuk, daun pandan, gula dan garam di atas api hinggan mendidih. Sementara itu celur tepung caca di dalam air mendidih untuk menghilangkan kanjinya. Kacau rata, angkat dan sejat. Masukkan tepung caca ke dalam santan tadi. Kacau rata hingga tepung caca lembut. Angkat dan hidangkan.