Nasi Goreng Carrot Blackpepper

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan beras
1 btg lobak merah (grated halus)
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
8 tangkai cili kering(ditumbuk agak lumat)


2 sudu besar tomato ketchup/sos tomato
3 sudu besar kicap manis
20 biji lada hitam (ditumbuk)
minyak untuk menumis
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara-cara

1.tumis bawang putih dan cili kering yang telah ditumbuk lumat bersama bwg besar yg telah dihiris.
2.setelah agak garing dan naik bau, masukkan kicap dan sos tomato. Kacau hingga rata.
3.masukkan sedikit gula,garam secukup rasa dan air sekiranya agak kering.kacau lagi.
4.masukkan carrot yg telah di'grated'halus dan kacau agar carrot tidak menjadi berketul-ketul dalam bahan tumis.
5.kemudian,pecahkan sebiji telur ayam dan kacau rata bersama bahan tumis.
6.setelah telur agak masak, masukkan nasi putih yg ditanak tadi.kacau rata bersama bahan tumis.
7.akhir sekali, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk dan kacau rata sebelum dihidangkan.selamat mencuba.