Nasi Goreng Campuran

Ramuan / Bahan

1 pinggan nasi putih
2 biji telur
1 ketul ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu teh cili giling
2 sudu besar tomato sos 1 sudu besar kicap
Sedikit kubis
2 batang sawi
Sedikit kacang peas
½ biji timun dicincang halus
2 sudu besar minyak kelapa
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili giling. Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacaukan.

Setelah itu masukkan ayam, tomato sos, kicap, garam dan ajinomoto. Gorengkan lagi dan masukkan pula kubis dan sawi yang telah dipotong.

Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata. Apabila sudah masak, bubuhkan dalam pinggan dan taburkan dengan kacang peas dan timun