Nasi Goreng Bunga Kantan

Ramuan / Bahan

3 cawan nasi putih
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
7-8 biji cili padi
10 - 15 ekor udang hidup
sedikit ikan bilis
1 batang bunga kantan di mayang halus
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit serbuk perasa

Cara-cara

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih,cili padi, belacan dan ikan bilis.
2.Panaskan minyak masak, masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga kekuningan.
3.Kemudian masukkan udang hidup dan biar hingga kekuningan lagi.
4.Kemudian masukkan bungan kantan yang telah dimayang halus.Kacau hingga bunga kantan sedikit layu.
5.Seterusnya masukkan nasi putih, garam dan sedikit serbuk perasa.
6.Kacau hingga sebati dan biar nasi itu masak. Nasi Goreng siap untuk dimakan.