Nasi Goreng Bermadu

Ramuan / Bahan

2 pinggan nasi yang telah disejukkan
2 biji telur
6 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk
5 biji kacang buncis (dipotong kecil-kecil 1 batang karot (dipotong kecil-kecil)
5 biji cili kering (direndam)
10 biji cili api (jika ada)
½ inci belacan
5 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (ditumbuk lumat)
Sedikit minyak

Cara-cara

Sebiji telur dipukul bersama kunyit, garam dan secolek madu hingga kembang. panaskan sedikit minyak, masak telur sambil dikacau sehingga hancur kemudian diangkat. Sebiji lagi telur dibancuh dengan cara yang sama tetapi dadarkan nipis. Angkat kemudian dipotong memanjang.(untuk hiasan)
Kacang buncis dan karot digoreng hingga layu kemudian diangkat. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, masak hingga cili benar-benar masak, masukkan madu dan kacau hingga sebati. masukkan nasi, sayur yang digoreng tadi dan telur yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan bersama telur yang dipotong memanjang tadi.