Nasi Goreng Belacan Best

Ramuan / Bahan

BAHAN A

3 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
3 biji Cili Merah
3 biji Cili Api
Setengah camca teh belacan

BAHAN B

2 ekor Ikan Goreng
sesudu besar Udang Kering
1 biji Telur
Nasi Putih
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Minyak Masak


Cara-cara

1. Tumbuk bahan A dan asingkan. Kemudian tumbuk bahan B dan asingkan.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan A biarkan sehingga naik bau, kemudian masukan bahan B, kacau sehingga naik bau dan masukkan nasi, ketika mengoreng pastikan nyalaan api tidak terlalu kuat. Buat lubang pada tengah nasi dan tuang sedikit minyak dan masukkan telur biarkan sekejap dan kacau telur bersama nasi. Siap untuk dihidangkan