Bubur Caca Ala Mikro

Ramuan / Bahan

100 gm tepung caca
200 gm ubi keledek
200 gm labu manis
200 gm keladi
2 sudu besar sagu biji 1 buku gula melaka - dihiris halus
¼ cawan gula putih
1 helai daun pandan
3 cawan air
½ cawan santan pekat

Cara-cara

Masukkan keledek, labu, keladi, tepung caca dan daun pandan ke dalam kaserol. Masukkan air dan masak HIGH selama 8 minit. Kemudian masukkan sagu biji dan masak lagi selama 2 minit. Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan hingga rata dan masak semula selama 2 minit. Keluarkan dan curahkan santan pekat di atasnya.