Nasi Goreng Belacan

Ramuan / Bahan

1 potong belacan ( ikut suka )
30 biji cili padi ( ikut pedas )
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Nasi ( satu periuk -ikut suka)
3 biji telur ( didadar dan hiris halus )

Cara-cara

Tumbuk lumat semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap dan garam.Kacau rata.

Akhir sekali masukkan nasi yg telah diramas dan telur hiris, goreng hingga sebati.