Nasi Goreng Bawang Dengan Pusu (Ikan Bilis Kering)

Ramuan / Bahan

6 Bawang Merah (Hiris Nipis)
3 Bawang Putih (Hiris Dadu)
Segenggam Pusu/Ikan Bilis Kering
1 Mangkuk Besar Nasi Putih
Minyak
Garam
Ajinomoto

Cara-cara

Minyak dipanaskan di kuali. Goreng dulu pusu/ikan bilis kering hingga rangup. Pusu/ikan bilis kering di alihkan dahulu. Gorengkan dengan minyak tadi dan masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih ditumis hingga kekuningan. Masukkan nasi, gaulkan hingga rata dan masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Setelah masak, hidangkan pusu/ikan bilis yang telah digoreng dan taburkan di atas nasi goreng tadi.