Nasi Goreng Ayam Rebus

Ramuan / Bahan

Bahan A:
3 pot beras (dibasuh)
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
½ inci halia
(bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk)

Bahan B:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
1 inci halia
600 ml air
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
Sedikit garam


Bahan C:
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dihiris kecil)
10 tangkai cili padi (dipotong kecil)
10 ekor udang segar
2 sudu sos tiram
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara

1. Ayam direbus sehingga masak bersama kesemua bahan B

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.

3. Masakkan beras menggunakan air rebusan ayam beserta sebahagian daging ayam. Sebahagian lagi diasingkan.

4. Panaskan minyak (Bahan C), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan udang segar dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan pula sebahagian ayam yang diasingkan tadi.

7. Masukkan nasi yang telah dimasak tadi dan gaul rata.