Nasi Goreng ala Kampung

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
7 biji cili padi
2cm belacan
ikan bilis
ayam
nasi putih lada sulah
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sayur kangkong (sayur boleh diubah mengikut kehendak)
telur
serbuk perasa

Cara-cara

1)tumbukkan cili hidup,cili padi,bawang merah,bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2)goreng ikan bilis sehingga rangup dan di letakkan di mangkuk yang berasingan.
3)tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
4)masukkan ayam dan letakkan garam dan gula sehingga sebati
5)setelah itu, masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga ramuan dan nasi tadi sebati
6)buat sedikit lubang dan pecahkan telur di tengahnya.
7)utk mengelakkan sayur kangkong lecuh,masukkan sayur kangkong pada waktu ini.sayur akan lebih segar.
8)masukkan serbuk lada sulah dan gaul hingga sebati.