Nasi Goreng Ala Cina

Ramuan / Bahan

200 gm nasi (yang sudah dimasak)
1 biji bawang putih (diketuk dan dihiris)
2 biji telur ayam (dipukul sehingga sebati)
80 gm isi ayam (dipotong kecil)
20 gm sayur-sayuran campuran (mix vegetable frozen) Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam dan perisa secukup rasa

Cara-cara

Panaskan kuali dan masukkan minyak sehingga ia betul-betul panas. Kemudian masukkan ayam seketika dan toskan sehingga minyaknya turun.

Panaskan semula kuali, kemudian gunakan minyak menggoreng tadi dan masukkan telur. Kacau dengan secepat mungkin agar telur menjadi berderai.

Kemudian masukkan bawang putih, kacau sehingga menjadi garing. Masukkan nasi, ayam, kicap cair, lada putih, sayuran dan garam secukup rasa.

Kacau sehingga sebati sehingga nasi berderai. Akhir sekali, masukkan minyak bijan dan kacau seketika.