Nasi Goreng Kampung Hijau

Ramuan / Bahan

Semangkuk nasi putih
2 batang kacang botol
Secekak daun asin-asin
5 tangkai daun selom
7 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
Seinci halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1.Tumbuk kasar bawang,cili padi,udang kering & halia.
2.Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3.Masukkan sayuran yang telah dihiris halus, goreng 2 minit.
4.Masukkan nasi, garam dan gula secukup rasa.
5.Tambah 1 sudu besar minyak masak. 6.Gaul rata dan biarkan masak selama 5 minit dengan api kecil.