Nasi Dal

Ramuan / Bahan

150 gm bawang merah (dikupas)
100 gm bawang putih (dikupas)
50 gm gula halia muda
10 gm bunga cengkih
10 gm bunga lawang
10 gm kulit kayu manis
5 cm buah pelaga
650 ml air 200 gm kacang dal
10 gm serbuk kunyit
5 gm garam
200 gm susu cair
600 gm beras basmati
200 gm minyak sapi
10 gm pasli cina

Cara-cara

Basuh dan rebus dal sehingga ia empuk. Tuskan airnya. Basuh beras basmathi dan tuskan.

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga ia wangi.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan pula air dan biarkan ia mendidih dan barulah dimasukkan beras dan dal.

Campurkan susu, pasli cina dan garam.
Tutup periuk dan perlahankan api serta masak ia hingga kering.