Nasi Daging Telur

Ramuan / Bahan

500 gm beras (dikosek & ditoskan)
250 gm daging lembu
1.8 leter air mendidih
4 bii telur (direbus & kupas kulitnya)
150 gm minyak sapi
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih 250 gm bawang besar (dicincang)
4 biji sedang tomato (dicincang)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
1 tin kecil susu sejat cair
10 ulas bawang merah (dihiris & digoreng)
90 gm sultana
60 gm kacang tanah (digoreng,dikupas kulitnya & dibelah dua)

Bahan Giling:
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu jintan putih
10 batang lada kering (direndam & ditoskan)
60 gm buah badam

Cara-cara

Rebus daging dengan air selama 15 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk.Ambil 4 cawan air rebusannya. Potongkan daging kecil-kecil. Pijarkan minyak sapi di atas api yang sederhana. Tumis semua rempah kering & bahan giling hingga minyak keluar. Masukkan bawang besar & masaklan hingga layu. Masukkan daging, telur,air rebusan yang disimpan, tomato & bahan perasa.Kacau hingga mendidih. Masukkan beras & masak hingga agak kering. Masukkan susu & kecilkan api. Masaklah dengan bertutup hingga nasi tanak & kering. Isikan ke dalam pinggan & taburkan dengan bahan selebihnya.Hidangkan panas-panas.