Nasi Daging Masala

Ramuan / Bahan

500 gm beras basmati
300 gm daging (belah empat)
200 gm ghee
1 sudu garam masala
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 3 cm halia (dihiris nipis)
2.5 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1.5 liter air
½ cawan susu cair
Garam

Cara-cara

Basuh beras dan ketepikan. Panaskan ghee dan tumis halia, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang merah serta daging.

Kacau rata sehingga daging dan beras sebati. Masukkan air dan tuang garam masala. Tutup periuk sehingga air mendidih.

Buka sekejap dan tuangkan susu, masukkan garam dan tutup rapat periuk. Pada yang menggunakan api biasa, sebaik airnya kering, kecilkan api.

Bila nasi benar-benar masak, anda boleh menghidangkan sekali atau daging dihiris-hiris serta diatur pada nasi. Sedap dimakan begitu sahaja.