Nasi Dagang Terengganu

Ramuan / Bahan

1 kg beras lembut ( beras nasi dagang)
1 gelas air putih
1 gelas santan pekat ( kacau dengan 4 sudu besar gula pasir dan 1 sudu besar garam kasar)
1 sudu halba
4 inci halia dimayang halus
4 biji bawang besar dimayang halus

Cara-cara

1. beras lembut tadi direndam selama 3 jam.
2. kemudian toskan
3.kukus beras tadi sehingga keluar wap
4.keluarkan nasi dari periuk kukus dan masukkan air , sebatikan nasi dengan segelas air putih.
5.Masukkan semula nasi kedalam periuk kukus.di bahagian tengah buat satu lubang dan masukkan halia, bawang dan halba.kemudian kukus sehingga keluar wap sekali lagi.
6.Keluarkan nasi yang sudah masak, masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan santan tadi.
7. kacau perlahan lahan sehingga nasi sebati dengan santan.
8.dah masak....