Nasi Dagang Putih

Ramuan / Bahan

7 tin susu beras
1 tin susu beras pulut
6 ulas bawang merah (dihiris) 1 cm halia (dihiris)
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa

Cara-cara

Campur beras dan beras pulut kemudian dibasuh dan direndam selama 2 jam. Kelapa diambil 2 cawan santan pekat dan 4 cawan santan cair. Beras yang telah direndam kemudian ditoskan airnya dan dikukus hingga separuh kembang, angkat masukkan santan cair dan gaulkan rata dan dikukus sekali lagi. Kemudian diangkat masukkan santan pekat, bawang, halia, halba dan garam secukup rasa sambil digaulkan rata. Kukuskan semula hingga sebati kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.