Nasi Dagang Merah

Ramuan / Bahan

2 kg beras merah
1 ½ kelapa parut
10 bawang merah (dihiris) 1 cm halia (dihiris)
1 ½ sudu makan halba
Garam secukup rasa

Cara-cara

Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2 jam. Lepas itu ditoskan dan dikukus. Kelapa diambil santannya sebanyak 2 cawan pekat dan 4 cawan yang cair. Setelah kembang pada kukusan yang pertama masukkan santan cair dan kukus sekali lagi. Lepas dimasak angkat masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta garam secukup rasa. Kemudian kukuskan hingga sebati.