Nasi Dagang

Ramuan / Bahan

1 cawan pulut
3 cawan beras
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil halba

Cara-cara

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam sehari semalam. Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga masak. Angkat, gaulkan dengan santan yang telah dimasukkan garam. Gaul dengan bahan yang dimayang dan halba. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak. Angkat dan hidangkan.