Nasi Buryani Pilau (Pakistan)

Ramuan / Bahan

1. Jintan manis - 2 sudu kecil
2. Jintan putih - 2 sudu kecil
3. Ketumbar - 3 sudu kecil
4. Serbuk cili / cili burung -ikut selera masing-masing)
5. Bawang putih - 1 labu
6. Halia - 2 cm
7. Daging + tulang kambing/lembu - 1 cawan yg telah direbus empuk
8. Beras - 3 cawan
9. Kulit kayu manis - 3 cm
10. Bunga lawang - 3 kuntum
11. Bunga cengkih - 6 kuntum
12. Buah pelaga - 6 biji
13. Lada hitam - 6 biji
14. minyak sapi / minyak masak - secukupnya utk menumis
15. Buah tomato - 3 biji
@ tomato puree/ sos tomato
16. Yogurt (plain) - 1 bekas
@ susu cair + asam keping
17. Air - untuk memasak nasi
18. Kentang - 1 ketul dipotong 6 & digoreng
19. Daun ketumbar - 3 pokok
20. Bawang goreng - 6 sudu besar

Cara-cara

Paste:
1. Kisar bahan '1' - '6'
2. Tumis '15' 3 minit
3. Masukkan '9' - '12', masak anggaran 5 mint
4. Masukkan bahan kisar '1' - '6', masak anggaran 5 minit
5. Masukkan daging (bahan '7'), masak lagi anggaran 5 minit. jika kering sgt. tambahlah sedikit air.
6. masukkan bahan '16'. kacau. masak anggaran 5 minit.

Nasi:
1. Masak nasi dengan air dan lada hitam hingga separuh masak.
2. Dengan menggunakan periuk berasingan, campurkan 'nasi' dan 'paste' berselang-seli. Pada setiap lapisan, taburkan bahan '18' - '20'.
3. Panaskan selama 10 minit.
4. Sedia untuk dihidang dengan menggunakan periuk pada langkah '2' di atas.