Nasi Bunar

Ramuan / Bahan

1 kg beras
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai 3 helai daun limau purut
2 inci lengkuas
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan mengikut beras)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Beras dicuci dan ditoskan. Halia, kunyit, serai, lengkuas dan daun limau purut dimesin, perah ambil airnya. Satukan bawang, air perahan dan santan. Bahan tadi dimasak hingga mendidih, baru masukkan beras. Keringkan kemudian dikukus hingga masak.