Nasi Bukhari

Ramuan / Bahan

1 kg beras basmati (dibersih dan dituskan)
6 ulas bawang merah (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 cm halia (dimayang halus)
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Garam 3 kuntum bunga lawang
2 sudu besar perasa tomato
50 gm daging kambing (dipotong dadu)
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 liter air

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan yang telah dimayang dan rempah sehingga garing.

Masukkan daging, air dan susu. Masak sehingga daging empuk.

Akhir sekali masukkan beras dan masak sehingga nasi kering dan masak.