Nasi Bukhari

Ramuan / Bahan

2 kg beras Basmathi
½ cawan minyak sapi
2 sudu besar margerin
½ cawan rempah kurma
15 ulas bawang merah
2 inci halia
7 ulas bawang putih
Kulit kayu manis
Buah pelaga Bunga lawang
1 ekor ayam (dipotong lapan)
Daun ketumbar
2 cawan air
Cili merah dan cili hijau
2 biji tomato (dipotong empat)
Kismis (sebagai hiasan)
Kacang gajus (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan)

Cara-cara

Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak sapi dan margerin. Tumis bahan-bahan kisar bersama rempah kurma, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumiskan hingga wangi.

Masukkan pula ayam dan ketumbar.

Biarkan empuk sedikit kemudian tuangkan air dan kacau hingga rata.

Bila mendidih, masukkan beras dan tanak seperti biasa.

Apabila masak, ratakan ayam dan nasi. Hiaskan bersama cili merah, cili hijau dan tomato. Agar ia tambah menyelerakan, taburkan sedikit bawang goreng, kacang gajus dan kismis di atas nasi.