Nasi Beryani

Ramuan / Bahan

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
2 keping dada ayam (dipotong dadu)
1 ½ cawan tairu
1/3 cawan minyak sapi
1 labu besar bawang besar (dicincang halus)
4 ulas bawang putih (dicincang)
4 batang lada hijau (dicincang)
1 sudu halia giling 2 sudu jintan putih digiling
6-8 kuntum bunga cengkih
2 ½ cawan air mendidih (dilarutkan)
2 kiub rebusan ayam (dilarutkan)
5 cm kulit kayu manis
½ sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Perapkan ayam dalam tairu selama 20-30 minit. Pijarkan minyak sapi & goreng bawang sebentar. Masukkan bawang putih,lada,halia,jintan putih,bunga cengkih & kulit kayu manis. Gorengkan selama 3 minit,hingga wangi,kemudian masukkan ayam & bahan perasa selebihnya. Taburkan kunyit & garam ke atasnya. Kacau rata-rata & kecilkan api. Masaklah dengan bertutup hingga ayam empuk. Toskan minyaknya ke dalam periuk & ketepikan. Masukkan air rebusan ke dalam periuk.Biarkan mendidih & masukkan beras. Tutupkan periuk rapat-rapat & masak atas api yang kecil hingga nasinya masak & semua airnya kering. Cedok sedikit nasi di bahagian tengah & masukkan ayam di dalamnya.Masukkan semula nasi tadi di atasnya & biarkan hangat hingga masa menghidangkannya.