Nasi Beriani Sudan

Ramuan / Bahan

1200 gm beras beriani, di rendam
1 ekor ayam, dibelah 8
300 gm minyak sapi
400 gm bawang merah, digoreng
1 cawan tairu (½ tin susu cair dicampur 2 biji air limau nipis)
3 biji tomato, dibelah
RM1 badam, digiling
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
½ tin besar susu cair, digaul bersama beras
Garam mengikut rasa
Air secukupnya Bahan-bahan digiling lumat:
10 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 camca besar lada sulah
½ camca besar jintan putih
10 biji pelaga
5 tangkai cili hijau
Garam secukupnya

Bahan-bahan direbus bersama beras:
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2.5 sm kulit kayu manis

Cara-cara

Panskan minyak sapi. Tumis bahan-bahan digiling, bawang goreng, tomato,daun pudina dan daun ketumbar. Kacau rata. Masukkan tairu, garam dan ayam. Kacau hingga rata. Masukkan badam dan biar sebentar supaya bahan-bahan menjadi sebati. Jerang air hingga mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Rebus tiga suku masak. Kemudian sejat beras dan masukkan semula ke dalam periuk. Tuang susu dan gaul sebati bersama beras tiga suku masak. Masukkan ayam berempah tadi, jangan dicurah tetapi ditompok-tompokkan. Kemudian tutup periuk dan jerang menggunakan api keil. Biar nasi betul-betul masak.