Nasi Beriani Ramadan

Ramuan / Bahan

1 kg beras
125 gm minyak sapi
20 gm bawang putih (dimayang)
50 gm bawang merah (dimayang)
30 gm halia (dimayang)
1 helai daun pandan
2 cm kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk kunyit
1 cawan susu cair
8 biji buah kurma (dibuang biji)
10 biji gajus (digoreng)

Cara-cara

Basuhkan beras dan toskan. Panaskan minyak dan tumis halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan jintan sehingga terbit minyak.
Tambahkan air (iaitu kurang sedikit daripada sukatan biasa),susu cair, garam sehingga ia mendidih.

Masukkan beras, gaul dan biarkan sehingga ia masak.

Buka penutup buah kurma dan gajus.