Nasi Beriani Lapis

Ramuan / Bahan

1 kg beras Basmathi
1 cawan susu cair
3 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah tumis
2 batang serai (dititik)
15 ulas bawang merah (dikisar halus)
10 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
4 cm halia (ditumbuk)
7 helai daun pudina (dikisar halus) Setangkai daun ketumbar (dikisar halus)
Setangkai daun sup (dikisar halus)
Setangkai daun bawang (dikisar halus)
2 biji cili hijau (dikisar halus)
2 sudu besar serbuk badam
1 sudu besar serbuk buah keras
½ cawan kismis (digoreng)
1 sudu besar air mawar
1 cawan minyak sapi

Cara-cara

Beras dibasuh bersih dan toskan airnya.

Didihkan air dan masukkan garam secukupnya, serai dan rempah tumis. Rebus beras sehingga kembang dan setelah itu dibuang airnya.

Di dalam periuk lain, letakkan sehelai kain putih (agak-agak boleh membungkus beras). Masukkan beras yang direbus tadi, susu, minyak sapi, rempah beriani dan bahan kisar lain. Jerang di atas api yang perlahan sehingga masak. Buka bungkusan dua atau tiga kali dan kacau-kacau nasi untuk mensebatikan rempahnya.

Sebelum mengangkat nasi daripada dapur, renjis nasi dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning.

Lubangkan bahagian tengah nasi dan masukkan ayam beriani. Tutup semula dengan nasi. Hidang bersama bawang goreng.