Nasi Beriani Jagung

Ramuan / Bahan

4 cawan beras panjang
2 cawan jagung
4 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ kulit kayu manis
2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
2 helai daun pandan
6 cawan air
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Jagung dalam tin

Cara-cara

Bawang merah & bahan-bahan lain dihiris halus. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang & rempah-rempah. Masukkan air, beras & garam. Bila sudah kering, barulah masukkan jagung & tutup sehingga
masak. Bila nasi masak padatkan dalam acuan berbunga kemudian dikeluarkan dari acuan & hias dengan bawang goreng.