Nasi Beriani Aidilfitri

Ramuan / Bahan

1 kg beras
80 gm bawang merah (dimayang)
50 gm bawang putih (dimayang)
20 gm halia muda (dimayang)
10 gm buah pelaga
10 gm kayu manis
10 gm bunga cengkih
10 gm bunga lawang
2 helai daun pandan
1 liter air rebusan ayam
5 gm pewarna kuning 5 gm pewarna merah
2 sudu air mawar
200 gm minyak sapi
½ tin susu cair
Garam secukup rasa
Kismis (sebagai hiasan)
Gajus (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan)
Buahn kurma (sebagai hiasan)
Daun sup (dihiris)
Daun bawang (dihiris)

Cara-cara

Beras dibersihkan lalu dituskan sehingga kering.

Panaskan minyak sapi, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dimayang. Tumis sehingga naik baunya.

Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan.

Masukkan susu cair dan garam diikuti dengan air rebusan ayam. Panaskan sehingga ia mendidih. Akhir sekali masukkan beras dan biarkan sehingga kering.

Renjiskan air mawar dan bahan pewarna.