Nasi Beriani

Ramuan / Bahan

6 cawan beras basmathi
4 sudu besar minyak sapi
1 tin susu cair
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia

3 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang

Cara-cara

Basuh beras dan toskan airnya.

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan air dan biarkan menggelegak.

Masukkan susu cair, beras, garam dan daun pandan.

Kacau seketika, kecilkan api apabila air sudah kering.

Bila nasi sudah hampir masak, kais-kaiskan agar nasi gebu dan berderai.