Nasi Beriani

Ramuan / Bahan

1 ½ kg beras beriani
1 kg daging
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 biji limau nipis / 1 cawan tairu
20 sn lada hijau
20 sen daun ketumbar
1 tin kecil tomato puri
1 tin susu cair
½ kg bawang kecil (digoreng)
1 tin (sederhana) minyak sapi QBB
1 cawan minyak makan
Air mawar Garam Masala:
2 camca besar jintan putih
2 camca besar jintan manis
1 camca kecil lada hitam
3 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Semua bahan digoreng & kemudian digiling halus

Cara-cara

Bawang besar & halia ditumbuk. Dagning dibersih & dipotong 8. Lada hijau dibelah 2. Campurkan semua bahan di atas & Garam Masala & perap sekejap. Panaskan minyak biasa & minyak sapi. Masukkan daging yang diperap tadi. Masak
menggunakan api perlahan sampai daging empuk. Masukkan tomato puri, bawang goreng, tairu, daun ketumbar, cili muda, 1/2 tin susu & garam secukup rasa. Beras dicelur, bila setengah masak angkat & toskan. Bila semua sudah siap lapiskan beras dengan daging berselang-seli sampai habis. Renjis dengan air mawar & baki susu tadi. Masaklah menggunakan api sederhana sampai nasi masak.