Bubur Ayam (I)

Ramuan / Bahan

300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara-cara

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.