Nasi Ayam Umi

Ramuan / Bahan

Bahan A
4 pot beras(bersih dan toskan)
2 cm Halia (hiris)
4 ulas Bawang putih(hiris)
5 biji Bawang Merah(hiris)
1 btg serai(ketuk)
4 helaidaun pandan
2 sudu besar susu tepung
3 sudu minyak
3 sudu majerin
Bahan B (sos kicap)
10 Cili padi
5 sudu sos tiram
3 sudu besr bawang goreng
sedikit gula
daun sop/bawang
kicap manis/kicap masin

Bahan c (sos cili)
4 biji Cili merah/cili padi
5 Limau kasturi(belah buang bijinya)
sedikit halia
2 ulas bawang putih

Bahan D
1 ekor ayam potong 12/basuh toskan

Cara-cara

Caranya
1. Ayam dipotong 12
2.Bersihkan ayam lalu direbus selama 20 minit bersama dengan bahan yang telah dikisar halus.
3.Toskan ayam lalu diperapkan dengan sos tiram serta sedit gula(jika suka)
4.Tumis bawang,halia,dan bawang putih serta serai hingga naik bau.
5.Bila sudah kekuningan masukakan beras yang telah dibasuh berserta dengan daun pandan goreng beras agak garing.
6. Masukkan beras ke dalam periuk nasi berserta dengan separuh dari air rebusan ayam,dan susu tepung.
Tanak sehingga masak.
7.Sos tiram,cili padi,bawang goreng dikisar halus bersama dengan sedikit gula ,kicap manis.
8.Masak sehingga agak pekat
9. Kisar cili merah,cili Padi,limau kasturi,halia,bawang putih serta gula.Panaskan di atas api.
10.Ayam yamg telah diperap digoreng secara "deep Fry"selama 5 minit.