Nasi Ayam Sempoi

Ramuan / Bahan

5-selabu ulas Bawang putih
½ kilo Daging/tulang ayam
Garam
Serbuk kunyit
2 Kiub pati ayam
1 Sup bunjut(tak de pun tak pe)
3 pot beras Daun Sup (untuk hiasan sup)
Bawang goreng (untuk hiasan sup)
Timun
Salad
cili api
kicap

Cara-cara

Nasi:
Mayang bawang putih kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.Rebus sedikit daging/tulang ayam sehingga mendidih untuk mendapatkan air rebusan.Cuci beras kemudian masak dengan menggunakan air rebusan tadi bersama minyak tumisan bawang putih tadi(masukkan sekali bawang putih yg digoreng tadi).
Sup:
Masukkan kiub pati ayam sup bunjut ke dalam air lebihan rebusan tadi bersama daging ayam sekali. biarkan sehingga mendidih dan garam secukup rasa.(boleh tambah ubi kentang/bunga kobis/lobak merah)
Sos:
Tomato dan Cili Besar/Merah kisar dengan sedikit air kemudian panas kan kuali dan masukkan bahan kisar gula dan garam secukup rasa...biarkan sebatian sekingga agak pekat.
Ayam:
Digoreng dengan garam dan kunyit