Ramuan / Bahan

Penyediaan Nasi:

Bahan A
2 tin susu beras Basmathi
½ tin susu santan pekat
1.5 tin susu air suam
½ susu teh garam halus

Bahan B
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1" halia

Bahan C
1 batang serai
kulit ayam yg telah dibersihkan
sedikit mentega
sedikit bunga lawang
sedikit bunga cengkih
sedikit ketumbar



Penyediaan Ayam:
¼ ayam
sedikit tepung gandum

Penyediaan Sup:
1 bunjut Adabi
1 sudu besar mentega/butter
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2" halia
bunga lawang
kulit kayu manis
garam
air secukupnya

Penyediaan Sos:
Sos Cili Manis
jus limau

Penyediaan Kicap
kicap cair
cili padi dipotong kecil

Cara-cara

Nasi:
1. Beras Basmathi dibersihkan dan direndam didalam air suam selama 15 minit.
2. santan pekat, air suam dan garam halus dicampurkan bersama dalam satu bekas.
3.Bahan B diracik halus/ dipotong nipis.
4.periuk (better kalau guna rice cooker terus) dipanaskan dan mentega dimasukkan.
5. selepas mentega telah cukup panas, masukkan kulit ayam dan goreng selama 1 minit sehingga hampir garing, kemudian tumis bahan B yang telah dipotong nipis serta kesemua bahan C sehingga wangi.
6.toskan beras Basmathi sehingga kering dan gaulkan bersama bahan tumisan dalam periuk selama 1-2 minit.
7. masukkan santan cair yang telah disediakan dan masak nasi seperti biasa.


Sup Ayam:
1. ayam dibersihkan terlebih dahulu buang lemak dan lendir) dan kemudian diramas bersama tepung gandum selama 5 minit untuk menghilangkan hanyir.
2. bawang putih ditumbuk halus dan ditumis bersama serai, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang menggunakan mentega sehingga wangi.
3. masukkan air dan bunjut dan biar sehingga mendidih sebelum dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
4. Selepas ayam hampir empuk dan nasi hampir kering, keluarkan ayam, dan letakkannya ke atas nasi yang hampir masak itu.
5. Setelah nasi masak, biarkan 5-10 minit sebelum menyenduk keluar untuk memastikan nasi telah benar-benar masak dan "fluffy".